in

28 Jam Tahan Sakit, Acha Septriasa Minta Maaf Pada Ibu Sebelum Bersalin


Pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam di RS Royal Hospital for Woman Sydney, Australia.

Selamat melahirkan bayinya secara normal dan ini merupakan salah satu peraturan hospital berkenaan yang mengharuskan setiap ibu hamil untuk melahirkan anak mereka secara normal jika tidak menghadapi sebarang masalah.

Acha terpaksa bertarung nyawa menahan kesakitan sebelum melahirkan bayi perempuannya selama 28 jam.

Ibu kepada Acha, Rita Emza memberitahu satu sumber, dalam masa 28 jam Acha menahan sakit sebelum melahirkan itu Acha seperti sudah menyerah.

“Sempat juga (menyerah), sampai dia (menirukan Acha teriak), ‘Terserah deh apa aja (untuk mempermudah melahirkan)’. Terus dibimbing lagi, buat atur nafas lagi yang bagus,” ujar ibu Acha kepada Liputan 6.

Baca juga: Acha Septriasa Tak Sabar Nak Peluk Bayi

Beritahu Rita lagi, ada beberapa faktor yang menyebabkan Acha tidak melalui proses pembukaan dengan cepat.  Rahimnya yang tebal membuatkan proses kelahiran menjadi lambat.

Dalam pada itu, Acha mengakui bahawa perjuangan seorang ibu untuk melahirkan bayi bukan sesuatu yang mudah.

Rita berkata lagi dalam Acha menahan kesakitannya, dia berulang kali memanggil ibunya dan meminta maaf.

Sementara itu menerusi sebuah akaun Instagram bernama lambe_turah daripada Indonesia ada berkongsi gambar bayi perempuan Acha serta mengucapkan tahniah kepada pelakon itu serta suaminya kerana kini dia sudah bergelar seorang ibu dan bapa.

“Syelaaamaaaat buat Mba Acha dan Babang Vicky atas kelahiran buah hati nya,” tulisan di ruang perkongsian tersebut.

Baca juga: Foto Seksi Acha Septriasa Ketika Hamil Dikecam Peminat

Kami di MH Online mengucapkan tahniah kepada Acha dan suami atas kelahiran bayi sulung mereka ini. Semoga puteri mereka ini membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna buat kedua-dua ibu dan bapanya.

Sumber: Liputan 6 & Instagram lambe_turah

Apa Kata Anda



Sumber > Media Hiburan

Leave a Reply

Loading…

Komen

Komen

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

CMC Motor kini lancarkan CMC Ario 110 dan Italjet Buccaneer 250i 

Papan LED Stamford Bridge beri ucapan tahniah kepada Johor DT